Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak rambutku yang gugur sehingga perkara ini amat membimbangkan perasaanku. Tetiap kali aku membasuh rambut, sudah tentu berhelai-helai rambutku akan kukutip untuk dibuang ke dalam tandas untuk mengelakkan dari tersumbat saluran air.
Selain daripada itu, aku kerap menggunakan pewarna rambut. Ini bukan sahaja untuk dipandang muda tetapi supaya suami pun tak memandang aku seperti seorang nenek. Gurau je... Tua tetap akan menguliti diri kita tetapi yang penting kita perlu menambahkan keimanan dan sentiasa dekat dengan Allah.
Pelbagai jenis shampoo telah aku gunakan, tetapi masalah yang kuhadapi tidak juga berkurangan. Pada suatu hari, ketika hendak membeli barangan dapur div Tesco Kajang, terdetik di hatiku untuk menyinggah di Watson. Dalam aku membelek-belek barangan di Watson, tiba-tiba terdetik di hatiku untuk membeli tonik rambut. Dalam aku membelek dan memilih antara tonik yang ada serta harga yang berpatutan, aku memilih tonik rambut jenama Naturals dari Watson. Kandungannya terdiri daripada Aloe Vera.
![]() |
Tonik Rambut dan Kelemumur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan