Tiba-tiba gatal jariku mencari maklumat di Facebook produk kecantikan wajah. Ini disebabkan sudah puas aku mencuba pelbagai produk untuk memulihkan kulit wajahku yang sentiasa gelap sejak kebelakangan ini. Selain itu, aku kerap mengikuti suamiku pergi memancing sama ada di sungai ataupun di laut. Disamping itu, selalu terdedah dengan matahari juga menyebabkan wajah yang gelap bertambah gelap. Disebabkan ini juga bertambahlah gelap wajahku yang selama ini menyebabkan suami dan anak-anakku selalu mengatakan wajahku garang walaupun ketika itu aku dalam keadaan gembira. Sedihnya...
Tiba-tiba mataku terlihat keterangan suatu produk yang mengatakan kulit wajah akan pulih daripada kulit yang berjerawat, berjeragat, kusam dan sun burn. Produk tersebut adalah Rocco 5 iaitu serum wajah yang digunakan untuk memulihkan kulit wajah. Aku mula menghubungi penjual tersebut melalui wassup untu k mengetahui produk tersebut dengan lebih lanjut. Pelbagai persoalan kutujukan kepada rakan FB tersebut, beliau menyatakan suatu ketika dahulu wajahnya pun sedemikian rupa kerana disebabkan menggunakan pelbagai produk yang mengandungi bahan kimia iaitu meccury yang tinggi.
Setelah rakan FB menunjukan perubahan wajahnya kerana beliau sendiri memakai produk Rocco 5, menyebabkan hatiku terbuka untuk mencubanya. Kebetulan pula harga yang ditawarkan kepadaku adalah harga promosi dan tempoh diberikan sehingga 30 April 2018. Aku bersetuju untuk membelikan secara dalam talian. Hmmm nampaknya aku yang membeli sedangkan ketika itu, aku juga sedang mengiklankan dalam group FB untuk menjual biskut Sugi Brunei yang dibuat oleh adik iparku. Walau bagaimanapun, aku berharap dengan pembelian serum ini dapatlan memulihkan kulit wajahku semula disamping itu untuk memulihkan jerawat anakku Irfan yang tumbuh naik tak henti-henti ketika ini.
Rocco 5 |
Apakah itu Rocco 5?
Rocco 5 adalah serum yang dibuat bagi mengatasi masalah muka atau wajah yang berminyak, berjerawat, berjeragat, kusam, kering, gelap, berbiji-biji dan masalah yang lain. Produk Rocco 5 Miracle Serum ini juga selamat digunakan kerana diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kandungan yang terdapat dalam Rocco 5
Bahan yang mengandungi Vitamin E |
Khasiat vitamin E amat baik dan boleh memudarkan parut jerawat, parut pembedahan, parut chickenpox, parut bekas terbakar disamping itu boleh melicinkan kulit tangan, bibir dan merawat tumit yang pecah.
Bahan yang mengandungi Vitamin C |
Vitamin C amat baik untuk kulit dan sesuai sebagai pelindung sinaran UV, merangsang penghasilan kolagen, merangsang pertumbuhan sel baru untuk kulit.
Bahan yang mengandungi Argan Oil |
Argan Oil
Argan Oil memang popular dan amat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan adanya Argan Oil dalam Rocco 5 ini akan menaikkan seri wajah, melicinkan struktur kulit disamping itu boleh menghalangkan pertumbuhan jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Argan Oil juga boleh mengecilkan liang pori dan melembabkan kulit muka yang kering, menaggalkan kulit mati serta membantu memutihkan kulit wajah.
Apple Stemcell
Serum Rocco 5 juga mengandungi Apple Stemcell yang boleh menghilangkan parut yang lama, anti penuaan. Serum ini juga menghilangkan flek hitam, mencegah luka jerawat. Disamping itu melambatkan garis-garus halus di wajah dan yang paling penting mencegah kesan disebabkan terdedah dengan pancaran matahari dan juga boleh menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Cara menggunakan Serum Rocco 5
Untuk mendapat hasil yang baik, gunakan Rocco 5 Miracle Serum 2 kali sehari selepas mencuci muka dengan meratakan keseluruh wajah dan leher..